INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Monday, February 16, 2009

TAKLIMAT KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

Semua guru yang mengajar kelas RK tingkatan 1Amanah, 2Amanah dan 3Amanah telah menghadiri taklimat mengenai hala tuju kelas RK yang disampaikan oleh Puan Pengetua dengan menggunakan power point. Beliau merujuk kepada Model Negeri Perak dan Johor. Pn. Norlia bt Abu Bakar telah diamanahkan untuk menyelaras Kelas RK sejak tahun 2007, turut memberikan penerangan. Usaha dan pengorbanan beliau untuk meningkatkan penguasaan akademik dan sahsiah pelajar KRK perlu disokong dan didokong sepenuh-penuhnya.

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO