INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Thursday, November 18, 2010

REPAIR AIRCON BILIK SERVER

Sistem penyaman udara bilik server telah dibaikpulih pada hari ini oleh Boon Sin Air Conditioning & Electrical Services, Taman Bersatu Rawang.

En. Yap Kei Sin telah menukar conductor yang terbakar dan mengisi semula gas yang berkurangan dalam sistem penyaman udara tersebut

Wednesday, November 17, 2010

BLOK E

Keadaan kelas di tingkat 2, Blok E sewaktu hari hujan pada petang 15/11/2010 (Isnin) jam 5.40petang. Kebocoran perabung menyebabkan kelas dimasuki air
Kelihatan (gambar bawah) keadaan syiling tingkatan 3Cekal

Lantai tingkatan 3Cekal


Syiling tingkatan 3Dedikasi
Keadaan lantai tingkatan 3Dedikasi

Thursday, October 14, 2010

TANDAS MURID LELAKI

Tandas Murid Lelaki yang baru dicat bahagian atas

Monday, October 11, 2010

PEPERIKSAAN PMR 2010

Peperiksaan PMR 2010 untuk Kertas KHB berlangsung pada petang ini. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang berehat setelah tamat menjawab soalan kertas tersebut

Thursday, September 30, 2010

BAIKPULIH TANDAS PELAJAR LELAKI

Paip, marmar dinding, marmar lantai, sistem pam dan mangkuk tandas ditukar baru






BAIKPULIH TANDAS PELAJAR PEREMPUAN






Monday, August 30, 2010

JOHAN HIASAN KELAS PATRIOTIK

Guru kelas 1Bestari berkongsi kegembiraan bersama ketua kelasnya setelah mendapat JOHAN dalam pertandingan Hiasan Kelas Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan Kali Ke-53. Tahniah!!!

Thursday, August 19, 2010

PENGGANTIAN AKSES POINT


Dua orang juruteknik Bayutronik Sdn. Bhd. mengganti dan memasang peralatan Akses Point yang rosak di bilik guru

MESYUARAT GURU KALI KE-DUA

Mesyuarat bermula jam 1.00ptg - 2.40petang di bilik mesyuarat

Saturday, August 7, 2010

KEBERSIHAN KAWASAN

Papan tanda yang rosak tidak terurus, merosakkan pandangan di Blok F.
Papan hijau yang terbiar dan dibiarkan begitu sahaja, mencacatkan pemandangan lebih-lebih lagi di hadapan bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang)















Thursday, August 5, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SEMESCO

Pada 2.8.2010 (Isnin), SMKSC telah menganjurkan Majlis Penutupan Minggu Sains dan Matematik, Persembahan Promosi barangan oleh Pelajar PPU untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan Pelancaran Sempena Bulan Kemerdekaan SMKSC. En. Nordin b. Abdul Rahman telah berucap Menutup Minggu Sains dan Matematik serta Melancarkan Sambutan Sempena Bulan Kemerdekaan. Beliau mewakili YDP PIBG dan TYDP PIBG yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.
En. Nordin b. Abdul Rahman sedang berucap merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan SEMESCO

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin sedang menandatangani kain rentang kemerdekaan.



Thursday, May 20, 2010

JAM SEKOLAH


En. Lim, wakil Syarikat Hager pembekal jam loceng ke sekolah-sekolah telah membuat demonstrasi "setting" untuk jam loceng sekolah.

Wednesday, May 12, 2010

PEMASANGAN AKSES POINT

Syarikat Bayutronik Sdn Bhd telah diberi mandat memasang 5 buah akses point dan menaiktaraf sistem kabel LAN di Makmal ICTL dan lain-lain tempat. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah membekalkan kemudahan tersebut terutama Bahagian Teknologi Pendidikan

Saturday, May 8, 2010

BAHAYA MEROKOK

Pada 7/5/2010 (Jumaat), Agensi Dadah Kebangsaan telah datang mengadakan pameran dan ceramah mengenai bahaya dadah anjuran UBK SMKSC. Pelajar telah didedahkan mengenai bahaya dadah dan rokok.

Gambar atas menunjukkan poster bahaya racun yang terdapat dalam asap rokok

Sunday, May 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM

Pada 30 Mei, 2010 (Jumaat) telah diadakan majlis perpisahan GPK HEM. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua mulai 1/4/2010 dan akan memulakan tugas tersebut di SMK. Gedangsa mulai 3/5/2010. Beliau telah bertugas di SMK. Sg. Choh selama 12tahun. Tahniah kepada beliau kerana telah dinaikkan pangkat, semoga terus berkhidmat di tempat baru dengan penuh dedikasi

En. Radi b. Razali (YDP PIBG) memberikan ucapan sempena majlis tersebut

Pelajar yang mendengar ucapan Pn. Nor Hapipah buat kali terakhir


Wednesday, April 28, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR

Jejantas Serendah dipenuhi dengan poster parti yang bertanding
Jejantas Sg. Choh juga tidak ketinggalan dipenuhi dengan poster parti yang bertanding untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor


Pilihanraya tersebut telah diadakan pada 25/4/2010 (Ahad)

Saturday, April 24, 2010

PEPERIKSAAN MUET - CALON PERSENDIRIAN

Seramai 29orang calon persendirian telah mengambil peperiksaan MUET pada hari ini di Bangunan Blok F

Sunday, April 18, 2010

BEKAS PENSYARAH

JSHAM merupakan bekas pensyarah muzik di MPSI sewaktu penyelaras makmal menuntut di Institut berkenaan pada tahun 1977 - 1979

Friday, February 5, 2010

PENUKARAN LCD PPSMI











LCD Makmal Sains 4 telah dipasang semula setelah mentolnya yang terbakar ditukar dalam penyelenggaraan peralatan ICT melalui tender yang dikeluarkan oleh Unit Data dan Maklumat PPD Hulu Selangor

Wednesday, January 20, 2010

FIBER OPTIK

Kerja penyambungan fiber optik dari Makmal Komputer ke Pusat Akses telah dilakukan oleh Juruteknik KCP Network. Natijah penyambungan ini membolehkan Bilik Pentadbir, semua Bilik GPK (Akademik, HEM, KOKO, GPK Petang), Bilik Data dan Bilik Penyelaras Pusat Sumber dapat akses ke internet
.



Monday, January 18, 2010

KEBESARAN ILAHI

Anak pokok pisang ini tumbuh di saluran air atas bumbung bangunan Blog F setinggi 3 tingkat.


Friday, January 15, 2010

PENDAWAIAN RUMAH PAM

En. Mohd. Aidil b. Mustafa memeriksa pendawaian di rumah pam untuk memulihkan semula fungsi pam agar air boleh disalurkan ke tangki tingkat ke-3 Blok F

Monday, January 11, 2010

PEMASANGAN SEMULA PLUG PUNCA KUASA

Saluran punca kuasa yang disambungkan ke plug bahagian pentas

Plug punca kuasa ini telah dipasang di bahagian hadapan Dewan Wawasan. Terima kasih kepada En. Bakhtiar kerana telah menghubungi En. Johari untuk tujuan pemasangan tersebut
Plug punca kuasa letrik di pentas ini juga telah dipasang oleh En. Johari b. Yunus pada hari Sabtu (9.1.10)

Lebihan saluran penebat letrik lama yang telah dileraikan setelah dipasang baru

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO