INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Thursday, November 12, 2009

BAIKPULIH KOMPUTER FASA 2

Juruteknik syarikat yang dilantik oleh PPD Hulu Selangor untuk membaikpulih peralatan ICT yang rosak telah menjalankan kerja-kerja tersebut.

Saturday, October 31, 2009

TAKLIMAT KESIHATAN HERBA

En. Nasir dari HERBA LIFE telah membuat consultasi secara individu tentang analisis badan terutama mengenai tahap kolesterol, berat tulang dan badan, kandungan air dalam badan serta lemak dalam badan. Untuk keterangan lanjut lawatilah laman http://www.myherbalife.com/
Poster mengenai herba life

Beberapa orang guru yang berminat sedang menerima konsultasi dari promoter herba life.

Thursday, October 29, 2009

HUJAN RIBUT DAN PETIR

Pandangan dari dalam kawasan sekolah.
Pandangan dari luar pagar tempat kejadian
Kejadian berlaku jam 5.15petang, dahan pokok berhampiran garaj motor telah merekah dan menghempap garaj tersebut. Sebuah motor kepunyaan Amaran 5A, telah rosak sedikit. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Tuesday, October 27, 2009

FOGGING

Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah menjalankan kerja-kerja "Fogging" untuk mengawal nyamok aedis. Ini berikutan laporan doktor Hospital Kuala Kubu Bharu yang menyatakan bahawa salah seorang pelajar perempuan tingkatan 3 telah dijangkiti demam denggi. Pelajar tersebut sudah pulih seperti sedia kala.

Saturday, October 24, 2009

GRIL BLOK F

Dua orang pekerja syarikat kimpalan yang juga merupakan bekas pelajar SMK. Sg. Choh sedang memulakan tugas memperbaiki gril bersebelahan bilik bimbingan dan kaunseling. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Gril bersebelahan bilik PPSMI telah diperbaiki.
Gril bersebelahan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang rosak telah diperbaiki.

Thursday, October 22, 2009

MESYUARAT PENYELARAS BESTARI/ICT

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohammad Yusof b. Abdul Aziz.
Diantara perkara yang disentuh ialah laporan Kemaskini SPPICTS, SSQS, STS, DHM dan Pelupusan harta Modal.

Tuesday, October 6, 2009

KEHADIRAN NAZIR NEGERI SELANGOR

Ketua Jemaah Nazir Negeri Selangor sedang mendengar penerangan dari Puan Pengetua mengenai isikandungan Blog SMK. Sg. Choh.

GKMP Kemanusiaan, Pn. Azizah bt Hassan sedang memberi penerangan mengenai isikandungan Blog GKMP Kemanusiaan kepada En. Kamarudin b. Ahmad, salah seorang Nazir Negeri yang datang memantau Calon Guru Cemerlang.



PEMASANGAN RANGKAIAN LAN

Dua orang pekerja Syarikat QYM Computech sedang memasang kabel Rangkaian Setempat (LAN) bagi membolehkan bilik KDP, Bilik GPK Petang dan Bilik Data mengakses internet.
Bilik-bilik pentadbir dan PSS juga disediakan kemudahan yang sama.

Thursday, September 10, 2009

CEROBOH BILIK KETUA BIDANG

Bilik Ketua Bidang telah diceroboh semasa cuti hujung minggu antara 5 Sept - 7 Sept, 2009. Kejadian tersebut telah disedari oleh Pn. Malliga a/p Kumaran semasa beliau hendak membuka pintu jam 7.15pagi pada 8 Sept, 2009 (Selasa)

Thursday, August 13, 2009

AKTIVITI MAKMAL HARI INI


Monday, August 10, 2009

KAIN RENTANG 1MALAYSIA

Kain rentang 1Malaysia yang mengandungi tandatangan guru dan pelajar sesi pagi

Friday, August 7, 2009

MEMASANG JALUR GEMILANG

Penyelaras Makmal sedang membantu Juruteknik Komputer memasang Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52

Saturday, July 25, 2009

LALUAN TAMBAHAN KE SURAU

Laluan gajah menyusur ke surau ini telah siap untuk digunakan oleh pelajar sebagai salah satu kemudahan yang disediakan kepada mereka ketika hari hujan

Monday, July 20, 2009

LALUAN KE SURAU

Pembinaan laluan dari blog F ke surau sedang dibina. Terima kasih kepada penyumbang dan pembina laluan tersebut

Monday, July 13, 2009

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM SESI PETANG


Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform kali ini dikendalikan
oleh Pasukan Bomba.

Friday, June 19, 2009

PEMANTAUAN KERJA KURSUS ICT

Minggu ini merupakan minggu pemantauan Kerja Kursus untuk mata pelajaran ICT mengikut surat arahan Unit Penilaian dan Peperiksaan JPNSDE.
Kelihatan dalam gambar (kiri), Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, Guru ICT - En. Rosli, dan Ketua Panitia ICT, SMK. Ideal Hight turut sama memberikan kerjasama dalam urusan tersebut.

Thursday, June 18, 2009

REHATKAN MINDA

Motor ini dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. "Starter" dan gear menggunakan tangan.

Monday, June 15, 2009

PEMILIHAN PASUKAN PELANCAR ROKET AIR

Pn. Soh Chai Luan sedang menyaksikan persediaan melancarkan
roket air dalam pemilihan pasukan tersebut untuk mewakili
sekolah ke peringkat daerah.

Tuesday, June 9, 2009

RAKAMAN PERISTIWA HARI INI

Pembantu makmal sains mengelap cermin

Latihan pelancaran roket air.

Kerja kemasyarakatan Panitia Sivik

Thursday, June 4, 2009

LATIHAN PELANCARAN ROKET AIR




Pelajar tingkatan 4Sains sedang menjalankan aktiviti mereka.

Wednesday, June 3, 2009

LATIHAN PELANCARAN ROKET

Pelajar tingkatan 4 Sains sedang membuat persiapan
untuk melancarkan roket air.

Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Ustaz Zabidi sedang membaca doa

Pn. Hjh. Noraini sedang berucap seterusnya merasmikan Program Sambutan
Hari Guru 2009



Gambar atas, En. Revi sedang memotong kek semasa program Pendidikan Moral sempena Sambutan Hari Guru 2009


Kiosk Usahawan Muda turut memaparkan UcapanHari Guru 2009

Saturday, May 9, 2009

PAPAN TANDA PERASMIAN BERWAJAH BARU

Mural dan hiasan papan perasmian sekolah berwajah baru.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.

Thursday, April 30, 2009

LATIHAN PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN

Kumpulan pelajar Kelas RK ini sedang berlatih untuk
menjayakan persembahan malam kebudayaan di perkhemahan
KRK pada 2/5 - 3/5/09 di Kalumpang Resort.

Friday, April 24, 2009

CABEL PROJEKTOR

Puan Roslaini sedang berbincang dengan Penyelaras Makmal
mengenai penggunaan kabel-kabel yang terdapat dalam
"BEG KHAS" yang akan digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran menggunakan LCD dalam kelas 6Atas A.

Saturday, April 18, 2009

KEBAKARAN KILANG PERABOT

Ketiga-tiga gambar berikut menunjukkan kepulan asap yang kelihatan akibat kilang perabot
terbakar di Kawasan Perindustrian Sg. Choh. Kerugian dianggarkan RM4.5juta. Empat jentera bomba dari Balai Batu Arang, Selayang, Kuala Kubu Bharu dan Rawang bersama lima pegawai dan 40 anggota berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 10.20pagi.

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO