INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Thursday, April 30, 2009

LATIHAN PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN

Kumpulan pelajar Kelas RK ini sedang berlatih untuk
menjayakan persembahan malam kebudayaan di perkhemahan
KRK pada 2/5 - 3/5/09 di Kalumpang Resort.

Friday, April 24, 2009

CABEL PROJEKTOR

Puan Roslaini sedang berbincang dengan Penyelaras Makmal
mengenai penggunaan kabel-kabel yang terdapat dalam
"BEG KHAS" yang akan digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran menggunakan LCD dalam kelas 6Atas A.

Saturday, April 18, 2009

KEBAKARAN KILANG PERABOT

Ketiga-tiga gambar berikut menunjukkan kepulan asap yang kelihatan akibat kilang perabot
terbakar di Kawasan Perindustrian Sg. Choh. Kerugian dianggarkan RM4.5juta. Empat jentera bomba dari Balai Batu Arang, Selayang, Kuala Kubu Bharu dan Rawang bersama lima pegawai dan 40 anggota berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 10.20pagi.

Thursday, April 16, 2009

HENTIAN BAS ROBOH

Gambar-gambar di bawah menunjukkan keadaan pondok menunggu bas
di hadapan SMKSC telah roboh akibat dihempap oleh dahan pokok
hujan-hujan yang rekah.


Friday, April 10, 2009

PENYELENGGARAAN MAKMAL

Ke dua-dua gambar arkib makmal ini, menunjukkan keadaan makmal semasa diselenggara oleh Syarikat QYM yang dilantik oleh PPD. Buat masa ini, penyelenggaraan makmal di bawah seliaan PKG Sg. Choh. Semua kerosakan peralatan ICT akan diselenggara oleh Syarikat yang dilantik oleh PKG Sg.Choh. Proses penghantaraan dokumen sedang diusahakan bagi membaikpulih komputer yang rosak.

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO