INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Friday, March 25, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ini diadakan pada Hari Ahad (27.3.2011). Pada hari yang sama juga diadakan Hari Anugerah Cemerlang

Friday, March 18, 2011

HUJAN DAN RIBUT

Hujan dan ribut yang kuat telah melanda Kg. Sg. Choh pada petang ini. SMK. Sg. Choh juga tidak terkecuali menerima suasana tersebut. Beberapa batang pokok telah tumbang menimpa bangunan sekolah
Beberapa tempat di bumbung Bangunan Blok F gentingnya tercabut
Siling Blok F rosak ditimpa genting
Perabung Bangunan Blok E yang tercabut
Perabung bangunan Blok E yang rosak dan bumbungnya rosak ditimpa pokok
Bahagian Blok C yang ditimpa pokok

Pokok yang tumbang dibelakang Bengkel Kemahiran Hidup

Perabung atas sebelah kanan bangunan Blok E diterbangkan angin

Perabung sebelah kiri Blok E yang diterbangkan angin

Pokok yang tumbang bersebelahan gajah menyusur ke Blok F Dahan pokok yang serkah bersebelahan stor PJPK
Laluan gajah menyusur antara Blok C ke BloK E turut dihempap pokok Keadaan di hadapan pagar sekolah Pokok yang menghempap pagar di depan Taman Daya Pertama Pokok jambu botol yang tumbang Sepohon pokok tumbang ke atas bumbung Bangunan Blok C Keadaan kawasan antara Blok B dan Blok C
Keadaan kawasan belakang rumah pam bersebelahan makmal komputer Bumbung Kantin Keadaan Belakang Makmal Komputer Kawasan Belakang Makmal Komputer
Kawasan bersebelahan surau Keadaan bersebelahan tempat wudu' pelajar lelaki


Tuesday, March 15, 2011

SUSUR KELUAR DAN MASUK

Susur keluar dan masuk dari Ijok di Templer Park sedang dalam pembinaan untuk melancarkan perjalanan keluar dan masuk dari dan ke Kuala Lumpur dari arah Kuala Selangor dan Klang

Saturday, March 12, 2011

PEMBANGUNAN MODUL PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK

Bertempat di Bilik Kasawari, Tingkat 8, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya, En. Musalli telah menghadiri Mesyuarat Pembangunan Modul 1/2011 bagi Matapelajaran Vokasional dan Teknik bersama beberapa orang guru ICT Negeri Selangor dan Putrajaya. Matapelajaran baru ini akan diperkenalkan pada tahun 2014 menggantikan matapelajaran KHB dan Program ICTL. Mesyuarat telah berlangsung pada 7/3/2011 hingga 11/2/2011. Perjumpaan berikutnya akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO