INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Saturday, October 31, 2009

TAKLIMAT KESIHATAN HERBA

En. Nasir dari HERBA LIFE telah membuat consultasi secara individu tentang analisis badan terutama mengenai tahap kolesterol, berat tulang dan badan, kandungan air dalam badan serta lemak dalam badan. Untuk keterangan lanjut lawatilah laman http://www.myherbalife.com/
Poster mengenai herba life

Beberapa orang guru yang berminat sedang menerima konsultasi dari promoter herba life.

Thursday, October 29, 2009

HUJAN RIBUT DAN PETIR

Pandangan dari dalam kawasan sekolah.
Pandangan dari luar pagar tempat kejadian
Kejadian berlaku jam 5.15petang, dahan pokok berhampiran garaj motor telah merekah dan menghempap garaj tersebut. Sebuah motor kepunyaan Amaran 5A, telah rosak sedikit. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Tuesday, October 27, 2009

FOGGING

Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah menjalankan kerja-kerja "Fogging" untuk mengawal nyamok aedis. Ini berikutan laporan doktor Hospital Kuala Kubu Bharu yang menyatakan bahawa salah seorang pelajar perempuan tingkatan 3 telah dijangkiti demam denggi. Pelajar tersebut sudah pulih seperti sedia kala.

Saturday, October 24, 2009

GRIL BLOK F

Dua orang pekerja syarikat kimpalan yang juga merupakan bekas pelajar SMK. Sg. Choh sedang memulakan tugas memperbaiki gril bersebelahan bilik bimbingan dan kaunseling. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Gril bersebelahan bilik PPSMI telah diperbaiki.
Gril bersebelahan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang rosak telah diperbaiki.

Thursday, October 22, 2009

MESYUARAT PENYELARAS BESTARI/ICT

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohammad Yusof b. Abdul Aziz.
Diantara perkara yang disentuh ialah laporan Kemaskini SPPICTS, SSQS, STS, DHM dan Pelupusan harta Modal.

Tuesday, October 6, 2009

KEHADIRAN NAZIR NEGERI SELANGOR

Ketua Jemaah Nazir Negeri Selangor sedang mendengar penerangan dari Puan Pengetua mengenai isikandungan Blog SMK. Sg. Choh.

GKMP Kemanusiaan, Pn. Azizah bt Hassan sedang memberi penerangan mengenai isikandungan Blog GKMP Kemanusiaan kepada En. Kamarudin b. Ahmad, salah seorang Nazir Negeri yang datang memantau Calon Guru Cemerlang.



PEMASANGAN RANGKAIAN LAN

Dua orang pekerja Syarikat QYM Computech sedang memasang kabel Rangkaian Setempat (LAN) bagi membolehkan bilik KDP, Bilik GPK Petang dan Bilik Data mengakses internet.
Bilik-bilik pentadbir dan PSS juga disediakan kemudahan yang sama.

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO