INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Saturday, March 28, 2009

AKTIVITI MAKMAL HARI JUMAAT (27/3) DAN SABTU (28/3/09)

Gambar bawah kelihatan keseluruhan pokok kacang panjang yang berusia 25hari di belakang Makmal Komputer. Ini merupakan Projek Bumi Hijau, Ahli Kelab ICT Sesi petang.


Ahli Kelab ICT Sesi Petang, sedang menyiram anak pokok terung telunjuk sebagai salah satu aktiviti Projek Bumi Hijau.


Shahrin pelajar ICT Tingkatan 5 (bawah), sedang mencari maklumat mengenai Imersive Multimedia.
Amaran (bawah) sedang menyiapkan kerja kursusnya.

Pelajar ICT sedang menyiapkan kerja kerja berkumpulan untuk power point.

Ahmad Qhairie (5A) dan Nurul Ashiqin 4A (bawah), sedang mencari maklumat sebagai persiapan untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen di SMKA Kuala Kubu Bharu pada 1/4/2009 nanti.

Umar Farook (bawah), seorang pelajar RK sedang mengulangkaji pelajaran di makmal komputer (27/3/09 - Jumaat petang).

Ahli Kelab ICT Sesi Petang sedang belajar Power Point (27/3/09-Jumaat 9.00pagi)

Ahli Kelab ICT Sesi Petang sedang belajar Power Point. (27/3/09 - Jumaat pagi)

Cik Jecqulin sedang mengajar Ahli Kelab ICT Sesi Petang, teknik memasukkan Wordart ke dalam slide.


Wednesday, March 25, 2009

PELUPUSAN PERALATAN KHB

Gambar-gambar berikut memperlihatkan peralatan lama KHB yang akan dilupuskan dan diganti baru.



Gambar berikut memperlihatkan 2buah mesin larek, 2buah mesin pelicin beruti dan 2buah mesin pemotong kayu yang akan menjalani proses pelupusan.

Tuesday, March 10, 2009

MENYEMAK BORANG UPU

Jovaniah 6Atas C (kiri), mendapat 2A, 2D dalam keputusan STPM 2008, sedang mengemaskini borang UPU bersama Kasturi 6Atas C, yang mendapat 2A, 1B, 1C. Ke dua-dua mereka mendapat pointer 3.3 dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke USM.
Gambar (bawah) menunjukkan dua orang bekas pelajar tingkatan 6, Kalaimani 6Atas B, (Kanan) dan Thulasi 6Atas B sedang mengemaskini Borang UPU. Kalaimani mendapat 1A, 2B, 1C dengan pointer 3.0, dapat melanjutkan pelajaran ke USM manakala Tulasi bertugas sebagai guru sementera di SJK(T)ladang Sg. Choh.

KELAS ICT F5

Pelajar ICT tingkatan 5 sedang berbincang mengenai "The characteristic of multimedia"

Sunday, March 8, 2009

PELAN KAABAH DAN GAMBAR DALAM KAABAH (EKSLUSIF)

Gambar (bawah) menunjukkan plan bahagian dalam dan luar Bangunan Kaabah.
Gambar berikut adalah sebahagian keadaan dalam Kaabah.

Saturday, March 7, 2009

KELAS ICT HARI SABTU KALI KE-3

Azri sedang menggunakan CD ICT, yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk melengkapkan tugasan mengenai perbezaan antara web base dan text base multimedia.
Shahrin sedang menggunakan CD Interaktif keluaran Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk mengambil isi-isi penting mengenai Multimedia

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34

Puan Roslina, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang, sedang memalu gong merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKSC kali ke-34

Friday, March 6, 2009

PERTUKARAN LAPTOP

Puan Robalkhis sedang meneliti dokumen penerimaan laptop. Laptop beliau yang lama jenama Pallete telah rosak.

Thursday, March 5, 2009

GAMBAR ARKIB, KURSUS MESIN SCAN KERTAS JAWAPAN

Kelihatan Pn. Rusidah, Pn. Siti Shanaz, Pn. Rozilah sedang mendengar penerangan yang diberikan.
Kelihatan Pn. Rusidah dan rakan-rakan sedang mendengan penerangan.
Gambar arkib makmal komputer menunjukkan Pn. Suriana, Pn. Sarina dan Pn. Siti Shanaz, sedang mendengar cara penggunaan mesin scan kertas jawapan objektif. Ke tiga-tiga gambar di atas, diambil pada 17/7/2007 jam 12.30tgh.

LAWATAN PEGAWAI PERTANIAN

En. Mohd. Haliff b. Mohd. Hatar, Pembantu Pertanian Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor, sedang memberikan khidmat nasihat mengenai kaedah, teknik, dan penyesuaian baja serta keperluan yang sepatutnya untuk penanaman kacang panjang.

Wednesday, March 4, 2009

PADANG SEKOLAH

Keadaan padang sekolah selepas dipotong rumput oleh pekerja syarikat swasta (jam 3.30ptg, 4.3.09)

LATIHAN DIKIR BARAT

Dua orang guru pelatih UPSI (En. Mohamad Saif dan En. Mohd. Nazdri), sedang melatih Pasukan Dikir Barat SMKSC yang akan menyertai pertandingan dikir barat antidadah Peringkat Daerah Hulu Selangor.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (4.3.09)


Pn. Roslaini sedang memeriksa hasil kerja pelajar tingkatan 6, beliau kemudian mengarahkan pelajar tersebut, menerangkan isikandungan tajuk yang telah ditugaskan, di hadapan pelajar lain dengan menggunakan Perisian Aplikasi Power Point 2003.

PREVENTIVE MAINTENANCE FASA 5

Pn. Barahtei, meminta jasa baik En. Shahafizul membuat update antivirus laptop Acer Fasa 4.

En. Shahafizul b Mohd. Isa, Juruteknik JCOM System, sedang melakukan "Preventive Maintenance" desktop Fasa 5, di Bilik PPSMI.

Tuesday, March 3, 2009

HARI KE-6 ANAK KACANG PANJANG

Gambar atas menunjukkan anak kacang panjang sudah mula membentuk tunas pucuk yang baru, setelah berusia 6hari.

Gambar pemandangan keseluruhan polybeg dibelakang makmal komputer SMKSC, yang menunjukkan pertumbuhan anak kacang panjang yang masuk hari ke-6.

MESYUARAT PENGURUSAN ICT DAERAH HULU SELANGOR KALI PERTAMA

Mesyuarat tersebut di atas, telah diadakan di PKG Kalumpang, bermula jam 2.30ptg - 5.40ptg. Di antara agenda mesyuarat ialah:
1. Pengurusan PPSMI.
2. Pengisian Data SPPICT.
3. Pengurusan Makmal Komputer.
4. Pengurusan Pusat Akses Sekolah.
5. Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT.

En. Wahi (PKG Kalumpang) sedang menerangkan mengenai Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT.

Monday, March 2, 2009

MANFAATKAN MASA

Sementara menunggu kelas tambahan Al-Bukhari, 4orang pelajar ICT tingkatan 5 ini, mengambil kesempatan memenuhkan masa "keemasan" mereka selama 35minit (1.55ptg-2.30ptg) menyiapkan tugasan yang telah ditentukan.

Keadaan anak kacang panjang "Projek Bumi Hijau SMKSC" yang berusia 5hari. Kelihatan daun anak kacang selepas disirami air hujan (gambar atas).

PREVENTIVE MAINTENANCE FASA 6

En. Malik (ketua), dibantu oleh rakan-rakan beliau dari KUB Malaysia, sedang memeriksa LCD Fasa 6 di tingkatan 6 Rendah Sains. Ini merupakan salah satu tanggongjawab mereka untuk memastikan peralatan PPSMI Fasa 6 berada dalam keadaan baik, terurus dan siapsedia untuk digunakan.

KELAS ICTL

Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus (Pengetua), sedang mengajar tajuk "COMPUTER HARDWARE" untuk kelas ICTL Tingkatan 1Dedikasi.
Cik Siti Khadijah, sedang mengajar kelas ICTL Tingkatan 2Efesyen, langkah-langkah pembinaan persembahan multimedia mengenai tajuk "SEKOLAH SAYA" dengan menggunakan Perisian Aplikasi Power Point 2003.

Sunday, March 1, 2009

HARI KE-4 ANAK KACANG PANJANG

Pemandangan keseluruhan polybeg yang berada di belakang makmal komputer SMK. Sg. Choh menunjukkan pertumbuhan anak pokok kacang panjang.
Salah satu polybeg yang berisi anak kacang panjang. Ketinggiannya mencecah 7.5cm (1.3.09)

INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO