INFORMASI DAN RAKAMAN PERISTIWA TERKINI



Monday, August 30, 2010

JOHAN HIASAN KELAS PATRIOTIK

Guru kelas 1Bestari berkongsi kegembiraan bersama ketua kelasnya setelah mendapat JOHAN dalam pertandingan Hiasan Kelas Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan Kali Ke-53. Tahniah!!!

Thursday, August 19, 2010

PENGGANTIAN AKSES POINT


Dua orang juruteknik Bayutronik Sdn. Bhd. mengganti dan memasang peralatan Akses Point yang rosak di bilik guru

MESYUARAT GURU KALI KE-DUA

Mesyuarat bermula jam 1.00ptg - 2.40petang di bilik mesyuarat

Saturday, August 7, 2010

KEBERSIHAN KAWASAN

Papan tanda yang rosak tidak terurus, merosakkan pandangan di Blok F.
Papan hijau yang terbiar dan dibiarkan begitu sahaja, mencacatkan pemandangan lebih-lebih lagi di hadapan bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang)















Thursday, August 5, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SEMESCO

Pada 2.8.2010 (Isnin), SMKSC telah menganjurkan Majlis Penutupan Minggu Sains dan Matematik, Persembahan Promosi barangan oleh Pelajar PPU untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan Pelancaran Sempena Bulan Kemerdekaan SMKSC. En. Nordin b. Abdul Rahman telah berucap Menutup Minggu Sains dan Matematik serta Melancarkan Sambutan Sempena Bulan Kemerdekaan. Beliau mewakili YDP PIBG dan TYDP PIBG yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.
En. Nordin b. Abdul Rahman sedang berucap merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan SEMESCO

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin sedang menandatangani kain rentang kemerdekaan.



INFO KESIHATAN

Faktor risiko barah:
1. Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8juta kematian setiap tahun.
2. Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,00 kes kematian setiap tahun.
3. Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
4. Jankitan virus papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun.

Sumber: WHO